Rabu, 26 Agustus 2009

TUTORIAL #5 - Toolbar Icon 2


Gambar hiasan Autodesk Land Desktop 2005

Salam sejahtera,

Bertemu lagi kita pada Tutorial #5.

Sambungan kepada tutorial yang lepas, jika anda telah mengetahui serba sedikit mengenai toolbar untuk melukis, anda harus juga mengetahui serba sedikit 'toolbar sokongan' ketika melukis.

Toolbar sokongan ini mempermudah serta memberi jitu kepada lukisan anda. AutoCad menamakan toolbar sokongan ini sebagai 'Osnap' (Object snap).





Osnap digunakan ketika kita melukis sesuatu, contohnya anda mahu menyambung 2 garisan, anda harus menyambungnya dengan betul-betul tepat antara satu sama lain. Osnap memastikan 2 garisan dalam contoh ini tersambung sempurna.
Lihat gambar dibawah.




Apabila anda menaip katakunci 'osnap' pada command, 'dialog box' seperti diatas akan muncul.
Kita cuba mengenali satu persatu setiap osnap itu,

= snap to endpoint
'menangkap tepat' hujung dengan hujung. Ini penting kalau mahu menyambung garisan atau 'base point kepada arahan 'copy' 'move', 'rotate' dan sebagainya.

= snap to midpoint,
menangkap tepat di tengah-tengah suatu garisan. Osnap ini membahagikan garisan kepada dua.

= snap to intersection
menangkap tepat kepada titik persilangan garisan. Jika garisan itu tidak tersilang, maka osnap ini tidak akan melakukan apa-apa.

= snap to apparent intersect
menangkap tepat kepada titik silang yang paling hampir.


= snap to extension

menangkap tepat kepada titik anjakan dari suatu garisan kepada hujung yg di'extension'kan dari garisan itu kepada titik 'teranjak' yang lain.

= snap to center
menangkap tepat ditengah-tengah pusat bulatan.

= snap to quadrant
menangkap tepat disetiap suku bulatan, kalau di nisbahkan jam, iaitu pada jam 12, 3, 6 dan jam 9.

= snap to tangent
menangkap tepat suatu garisan kepada sisi tangent suatu bulatan.


= snap to perpendicular
menangkap tepat kepada suatu garisan melintang berkedudukan 90° tepat.


= snap to parallel
menangkap tepat suatu anjakan selari kepada satu objek.


= snap to insert
menangkap tepat kepada titik insert suatu 'attribute', 'block' ataupun teks.


= snap to node
menangkap tepat kepada satu-satu titik Autocad.


= snap to nearest
menangkap tepat ke satu titik pada semua jenis garisan, titik2 point, 'ellipse' atau dll.


= snap to none
menterbalikkan arahan osnap


= Object Snap Setting Dialog Box
membuka paparan Osnap setting.



Banyak cara anda boleh setkan osnap, antaranya ialah taipkan 'os' atau tekan F3, atau klik kanan pada tombol 'osnap' seperti ditunjukkan gambar dibawah.




Anda perlukan latihan selalu sebelum anda betul-betul mahir mengunakan semua osnap ini. Jujur saya katakan, saya sendiri tidak cekap menggunakan semua osnap itu. Ada beberapa jenis osnap yang memang sering kita gunakan ketika melukis. Anda akan tahu apabila anda sudah benar-benar menjadi Autocad Draftsmen. :)

Hatch

Hatch adalah satu area yang berlorek didalam sesuatu drawing. Anda akan menggunakan hatch untuk membezakan sesuatu yang hendak dilukis. Ada berbagai jenis hatch yang boleh dipilih.

Sila tonton video dibawah:


This video uploaded to YouTube by nrbaki on Oct 9, 2007


Autocad Tips

Untuk membuat tanda atau simbol diameter, cuba taipkan ' %%C ' dalam teks anda.



Sekian dulu tutorial kali ini, anda pasti berjaya walaupun belajar Autocad bersendirian dirumah.




Selamat Maju Jaya,
author.


End of Tutorial #5

Selasa, 18 Agustus 2009

TUTORIAL #4 - Toolbar Icons

Mengenal 'arahan command' yang utama semasa melukis


Selamat sejahtera,


Saya ingin meminta maaf atas sedikit kelewatan tutorial ke 4. Kebetulan komputer saya baru terkena 'kilat' dan mengalami kerosakan kepada 'power supply' dan 'internet modem'. Saya mengambil sedikit masa untuk membetulkannya.





Ok, kita sambung tutorial Autocad for beginner ini dengan mempelajari 'toolbar icons' yang sering kita lihat pada paparan 'model space' Autocad.

Dibawah ini adalah ikon-ikon perkakasan (toolbar icons) yang sering kita gunakan setiap kali melukis. Ikon2 itu terletak disetiap sisi tepi paparan melukis Autocad.


= Line, atau taip 'l'
Untuk membuat sejumlah garisan 'tidak bercantum' segmennya.


= Polyline, atau taip 'pl'
Untuk membuat sejumlah garisan yang bercantum segmennya.


= Copy, atau taip 'cp'
Untuk menyalin (copy) sesuatu objek atau entity.

Sila tonton video dibawah:


This video downloaded from http://autocadvids.com/blog/video-2/



= Erase, atau taip 'e'
Untuk memadam sesuatu objek atau entity.


= Trim, atau taip 'tr'
Untuk memotong sebahagian objek atau garisan.


= Extend, atau taip 'ex'
Untuk memanjangkan sesuatu garisan sampai kehujung yang dikehendaki.


= Offset, atau taip 'o'
Untuk menganjakkan sesuatu objek atau entity.


This video downloaded from http://autocadvids.com/blog/video-2/


= Move, atau taip 'm'
Untuk memindahkan sesuatu objek ketempat lain.

= Rotate, atau taip 'ro'
Untuk memutarkan sesuatu objek atau entity.

= Mirror, atau taip 'mirror'
Untuk membalikkan sesuatu objek kepada satu paksi secara simetri.
= Divide, atau taip 'div'
Untuk membahagikan sesuatu garisan kepada beberapa segmen yang sama.

= Scale, atau taip 'sc'
Untuk membesar atau mengecilkan objek dan juga entity.


= Stretch, atau taip 's'
Untuk 'mengoyak' kembang atau mengecutkan sesuatu objek.


= Array, atau taip 'ar'
Untuk menyusun sebilangan objek yang sama kepada struktur bulatan atau segiempat.

= Break, atau taip 'br'
Untuk mematah atau memutuskan kepada bahagian2 yang kecil pada satu garisan.
= Explode, atau taip 'explode'
Untuk memecahkan sesuatu objek yang tergabung kepada bentuk terurai .

Dibawah ini adalah senarai command yang penting yang saya dapat dari website > http://www.autocadelite.com/


Banyak lagi arahan command yang terdapat dalam Autocad. Ini adalah sebahagian kecil sahaja.
Ia amat penting kepada semua pengguna Autocad terutama sekali kepada user yang baru.

Cara memasukkan arahan itu, anda boleh menaip di ruangan command atau pun mengklikkan pada ‘icon toolbar’ yang ada disekeliling ruangan melukis.

Untuk menjadi mahir dengan semua toolbar itu, anda perlu sering mencuba menggunakannya.

AutoCad Tips
Taipkan 'cal' pada command line, masukkan, 2*5, enter. Anda akan dapati satu calculator mudah pada command line. cubalah dgn angka2 yg lain.
Sekian Selamat Maju Jaya.
author.
End of tutorial #4

Sabtu, 15 Agustus 2009

Sembang-sembang Selingan

Salam sejahtera,


Kemanakah anda menghabiskan cuti dihujung minggu ini? Tentu sekali anda punyai aktiviti sendiri yang menjadi rutin hidup anda disamping ahli keluarga serta rakan-rakan.

Bagi yang bekerja, inilah masanya untuk berehat-rehat dirumah ataupun membawa ahli keluarga pergi 'bersantai' ditempat-tempat yang boleh menghiburkan hati serta menenangkan minda setelah penat bekerja.





Kesibukkan kerja yang melampau akan menjejaskan kualiti hidup. Ahli keluarga yang perlu diberi perhatian akan diabaikan demi tugas untuk mencari kekayaan.








Aktiviti di hujung minggu amat terbaik kita lakukan supaya tubuh badan serta minda mendapat kesegaran untuk memulakan kerja pada minggu seterus dan seterusnya.




Terasa amat cepat sekali masa berlalu, sehari lepas sehari, minggu bertukar minggu, bulan, berubah bulan dan tahun berganti tahun. Bagi saya, amat terasa pantas masa berjalan. Sedar tak sedar umur kita semakin menjengah dewasa dan tua.

Kalau dulu semasa kecil dan remaja, umur tua serta penyakit2 nya bukan untuk kita, kononnya untuk orang lain, tetapi semua itu hampir menghampiri kita.

Begitulah terasanya cepat masa beredar 'mengheret' diri kita bersamanya dan tiada sedikitpun kompromi diberi kepada kita.

'Masa sekarang sudah singkat dari dulu', Kita sering mendengar orang mengatakan begitu. Tetapi kalau difikirkan, jarum jam yang ada ditangan bergerak sama saja pada bila-bila. Betulkan?

Ok oleh itu, kita tidak boleh sama sekali membiarkan masa berlalu begitu saja. Kerana detik2 yang berlalu itu adalah yang tidak sama dan tidak akan kembali lagi.

Saya sedang menyiapkan tutorial yang ke4, dan artikel pendek ini adalah buat selingan sahaja.

Tutorial yang ke 4, bakal akan saya post kan esok, dan saya akan menambahkan sedikit isinya dengan memasukkan Autocad Tips pada setiap tutorial akan datang.



Sekian Selamat Maju Jaya,

author.

Kamis, 13 Agustus 2009

TUTORIAL #3 - Mengenal Perkakasan Untuk Melukis (Drawing Tool)

Salam sejahtera,


Bertemu lagi di tutorial ke 3. Semoga anda sihat dan ceria selalu.

Pada tutorial yang lepas, kita belajar bagaimana hendak membuka serta menyimpan lukisan Autocad. Pada tutorial kali ini, kita akan mempelajari bagaimana hendak memulakan melukis.

Sebelum anda mula melukis,anda mungkin tertanya tanya bagaimanakah mahu memulakannya? Apakah yang harus anda lakukan dulu? Ya, sudah semestinya banyak soalan yang berlegar di fikiran anda.

Maklumlah sesuatu yang baru bagi anda. Sudah tentu ada yang tidak ketahuan. Saya semasa baru-baru belajar Autocad dulu pun teraba-raba untuk memulakannya.






Cara melukis dipaparan Autocad tidak banyak bezanya melukis di atas sehelai kertas. Cuma bezanya dalam Autocad kita perlu tahu dan memahami apakah fungsi setiap perkakasan (tool icon) yang terdapat disekitarnya.



Pada permulaannya semasa aplikasi dibuka, Autocad akan memaparkan paparan melukis pada keadaan biasa dimana disekeliling ruangannya disediakan dengan beberapa ikon arahan untuk kemudahan melukis.

Antaranya seperti Menu bar, Layer Control bar, Toolbar icons, Drawing interface, UCS, Command line, Layout tab dan sebagainya. Sila lihat gambar dibawah;



Gambarajah menunjukkan paparan menu-menu utama pada ruangan melukis.


Drawing interface ( Ruang Melukis)
Disinilah tempat bermulanya aktiviti melukis. Anda akan menggunakan banyak masa anda dari awal hingga siap lukisan disini. Pada kebiasaan warna latar belakangnya adalah hitam, tetapi anda boleh menukar kepada warna kegemaran anda dengan menukar entiti dalam tetingkap arahan ‘option’. Taipkan OP pada command, dengan melalui beberapa langkah, anda akan dibenarkan melakukannya.

..taip OP > Option > Display > Colors > Color Options > ..pilih warna kesukaan anda.


Menu Bar (Panel Menu)

Pada sisi atas paparan melukis terdapat pelbagai papan menu yang terkandung ‘menu tarik’ (pulldown menu) untuk kegunaan melukis. Menu ini juga dikenali ‘floating menu’. Anda boleh memasukkan atau membuang sebarang menu dari papan menu ini dengan menaip ‘menuload’ pada command line.



Gambarajah menunjukkan lokasi ‘floating menu’ dan ‘toolbar icons’

Anda boleh mengoptimumkan kondisi menu bar dengan mengisikan menu-menu yang berkaitan tugasan anda. Katalah anda seorang jurutera sivil, anda perlukan menu-menu yang berupa kerja-kerja sivil.

Begitu juga kalau anda seorang jurutera mekanikal, anda perlu mengisi menu-menu yang berkaitan mekanikal. Semuanya bergantung kepada jenis perisian Autocad yang anda gunakan.

..taip 'menuload' > Menu Customization > Menu Bar > sila masukkan pilihan anda.


Layer Control (Pengawal lapisan lukisan)


Disini anda boleh menghimpunkan rincian lukisan dimana segala entiti pada lukisan boleh diasingkan atau disatukan. Contoh yang mudah ialah: katakan anda mahu melukis satu pelan bangunan, lapisan pertama mungkin anda memasukkan pelan lantaian serta pelan paip bekalan air.

Untuk lapisan kedua anda mahu meletakan pula eksesori didalam bangunan seperti peralatan perabut dan sebagainya. Untuk lapisan ketiga anda mahu menempatkan peralatan eletrik seperti lampu, kipas, pendawaian elektrik dan sebagainya. Anda boleh membuka serta menutup lapisan lukisan bergantung keperluan anda semasa melukis.

Dengan menaip katakunci ‘Layer’ pada command, tetingkap ‘layer Manager’ akan muncul sperti dibawah;



Gambarajah menunjukkan lokasi tetingkap ‘Layer Manager’ dimana semua layer dikawalselia


Toolbar icons (Perkakasan melukis)


Toolbar icon bertindak sama seperti tempat simpanan peralatan pada bengkel dimana anda menempatkan segala perlatan bekerja ditepi ruangan bengkel. Anda akan mudah mencapai peralatan yang sesuai jika semuanya tersedia hanya disebelah anda. Dalam Autocad juga sama dimana anda boleh mengklik pada ikon-ikon itu apabila perlu.

Anda perlu mengenali fungsi seberapa banyak ‘toolbar’ yang boleh. Semakin banyak yang anda tahu, semakin pantas anda melukis. Setiap toolbar ada mempunyai kegunaan tertentu.
Sebagai contoh;

Untuk memadam sesuatu objek lukisan, apa yang perlu anda lakukan ialah, klik pada toolbar icon ‘pencil eraser’ yang memberi komputer arahan memadam. Dibawah adalah contoh toolbar ikon yang sering digunakan.






Command line ( Ruang menaip arahan)

Kalau menggunakan ‘command menu’, anda harus menaipkan kata kunci yang dapat mengarahkah komputer membuat kerja. Kebiasaannya dengan menaip huruf ‘L’ anda sudah boleh melukiskan garisan. Begitu juga dengan arahan-arahan melukis objek-objek yang lain.

Tetapi anda perlu mengetahui kata kunci yang dikenal fungsi oleh perisian Autocad bagi melakukan sebarang tugasnya.



Gambarajah menunjukkan lokasi ‘command line’


UCS (Petunjuk kordinit asas)


UCS adalah singkatan dari Universal Coordinate System.
Untuk melukis secara biasa, Autocad secara default menyediakan kordinat UCS yang menyerupai mata angin seperti didalam satu peta dimana arah atasnya sentiasa utara. Paksi X, mengarah ke timur, manakala paksi Y mengarah ke utara dan paksi Z mengarah atas paparan bumi.





Model space adalah tempatnya dimana anda perlu memulakan aktiviti melukis. Sekiranya anda mahu mengedit atau megimpot satu lukisan, anda perlu melakukan pada ruangan ini.

Segala lukisan sebaiknya ditempatkan dalam satu ruang yang seakan akan didalam sehelai kertas bagi memudahkan anda memerhati setiap entiti yang ada didalamnya.



Paper space ( Ruang aktiviti mencetak)


Setelah selesai melukis dan katakana anda berhasrat mencetak lukisan itu, anda perlu mencetaknya disini dengan menekan tombol ‘Layout1’ anda akan diubahpapar kepada ruang yang dipanggil ‘Paper space’






Aktiviti mencetak amat sesuai disini disamping memudahkan anda memilih skala dan saiz kertas yang dimahukan.

Anda perlu melatihkan diri supaya mengenal segala apa-apa menu serta perkakasan yang ada disekitar paparan utama ini. Dengan sering membuat latihan saya percaya anda akan dapat menambah pengetahuan anda dalam ilmu Autocad sedikit demi sedikit.


Sekian dulu untuk kali ini, semoga kita berjumpa lagi di tutorial ke #4 yang akan datang.

Selamat Maju Jaya,

End of Tutorial #3

Selasa, 11 Agustus 2009

TUTORIAL #2 Memulakan lukisan Autocad DWG



just to feel relax to your eyes



Salam sejahtera,

Selepas kita mengetahui serba sedikit mengenai Autocad dan kegunaannya, kini saya akan menyambung dengan tutorial yang ke 2 seperti yang dijanjikan.

Saya pasti anda sudah pun sedia memiliki salah satu daripada beberapa jenis perisian Autocad didalam komputer anda. Pada umumnya semua jenis perisian itu adalah sama pada cara membuka fail, menyimpan fail dan perkara-perkara yang menjadi asas pertama kali anda membukanya.

Setelah anda selesai memasukkan perisian Autocad kedalam komputer, anda telah boleh menggunakannya pada bila-bila masa. Untuk memasuki ke perisian tersebut anda perlu membuka aplikasinya sama seperti anda memasuki aplikasi-aplikasi yang lain.


Langkah-langkah memulakan operasinya seperti dibawah:


1. Klik pada ikon Autocad pada paparan desktop dan anda dibawa ke aplikasi Autocad.


2. Untuk permulaan Autocad akan memaparkan tetingkap memilih lukisan seperti dibawah




Gambarajah menunjukkan tetingkap memilih untuk membuka sesuatu lukisan.


3. Jika terdapat lukisan ‘sediada’ anda hanya perlu memilih lukisan yang perlu dibuka, tetapi kalau anda mahu membuat lukisan baru, sila abaikan tetingkap ini.
4. Untuk melukis sebuah lukisan yang baru anda boleh terus melukis, Autocad memberi nama ‘drawing 1’ sebagai nama fail ‘default’ untuk anda.

5. Anda boleh menyimpan fail ini dengan nama yang berlainan dengan cara memilih arahan ‘saveas’ pada tombol ‘File’.


Menyimpan lukisan Autocad


Anda boleh juga membuka mana-mana fail sediada dan kemudian menyimpan semula dengan suatu nama yang lain. Cara yang begini dikatakan memilih secara ‘stretch’.

Kebaikan menyimpan seperti ini ialah anda tidak perlu mengaturcara semula semua ‘entiti’ dalam lukisan baru kerana proses itu telah menyalin segala yang ada pada lukisan tersebut kepada lukisan yang baru.

Pemilihan entiti lukisan seperti jenis teks, set dimension, pengisian layout, skala dan lain-lain lagi akan ikut tersalin kepada lukisan ‘pendua’ itu.

Ini berbeza sekiranya anda memulakan satu lukisan yang baru dimana segala ‘setting’ pada entiti lukisan tersedia secara default oleh perisian Autocad.

Dalam tugasan ini anda perlu mengabaikan tetingkap memilih fail sediada dan memulakan satu lukisan yang baru. Hasilnya anda akan mendapati satu paparan utama Autocad yang tersedia untuk anda melukis seperti dibawah.


Gambarajah menunjukkan paparan paramuka untuk melukis sesuatu lukisan.


Ini lah paparan utama tempat kita melukis. Di sekeliling paparan ini terdapat pelbagai 'tool' atau peralatan yang digunakan semasa melukis yang kita akan pelajari dalam tutorial yang akan datang.

Dibawah ini kita saksikan video konsep secara mudah penyediaan sesebuah Autocad drawings.


This video uploaded to YouTube by on May 20, 2008



Sekian dulu buat kali ini, kita jumpa lagi dalam Tutorial akan datang. Selamat Maju Jaya.



End of Tutorial #2

Sabtu, 08 Agustus 2009

TUTORIAL #1 - Pengenalan kepada perisian Autocad






Salam sejahtera,

Seperti yang saya janjikan, saya akan mulakan siri pembelajaran Autocad secara mudah dengan tutorial permulaan seperti dibawah. Tutorial ini bolehlah diberi nama " Autocad For Beginner"

Autocad
Autocad adalah satu perisian atau aplikasi bantuan komputer yang digunakan untuk membuat lakaran dalam lukisan teknikal dan kejuruteraan bagi sesebuah bahagian atau barang keluaran, termasuk keseluruhan bangunan dan alam sekitarnya.


Kalau dulunya kita memerlukan peralatan serta meja melukis untuk menghasilkan suatu lukisan kejuruteraan, tetapi dengan adanya perisian seperti Autocad ini, kita sudah boleh melupakan semua itu dan hanya memerlukan satu set kelengkapan termasuk sebuah komputer dan mesin pencetak lukisan. Dengan adanya semua ini menjadikan kerja kita bertambah tepat serta pantas jika dibandingkan dengan sebelumnya.


Reka bentuk awal sesuatu rancangan pembinaan akan menggunakan aplikasi autocad yang berbantukan komputer untuk menghasilkan lukisan lengkap sesuatu yang hendak dibina itu.


Begitu juga dalam pembinaan infrastruktur sebagai contoh, pembinaan jalanraya, jambatan, bangunan dan sebagainya, yang melibatkan kerja-kerja kejuruteraan, para jurutera dan pereka bentuk akan menggunakan perisian Autocad bagi membantu serta memudahkan kerja-kerja rekabentuk dalam bidang masing-masing.




Kebiasaannya individu yang sering menggunakan perisian Autocad adalah terdiri dari para jurutera, pereka bentuk, pelukis pelan, pelajar-pelajar kolej dan lain-lain.



Perisian Autocad sering dinaiktaraf setiap masa oleh pembangunnya iaitu Autodesk. Antara usaha-usaha yang paling utama dilakukan Autodesk ialah membuat jaringan serta gabungan dengan syarikat-syarikat perisian rekabentuk yang lain bagi mengembangkan sayap perniagaan mereka.




Gambar diatas adalah contoh pakej perisian Autocad yang terkini keluaran dari Autodesk.



Perisian Autocad dan pelbagai kegunaan


Perisian Autocad ada bermacam-macam jenis dan pelbagai kegunaan. Sebagai contoh kalau anda bekerja dilapangan industri misalnya, perisian Autocad yang sesuai adalah dari jenis Autocad Mekanikal, Autocad 3d Model dan kalau anda dilapangan kejuruteraan Awam, Autocad Civil Design, Civil 3D atau Land Desktop adalah yang terbaik.

Berbagai-bagai jenis perisian Autocad ada dipasaran. Anda harus memilih kesesuaiaan dengan tugasan anda. Antara yang popular adalah seperti:
AutoCAD Architecture
AutoCAD Map 3D
AutoCAD Civil 3D

AutoCAD Mechanical
AutoCAD Electrical
AutoCAD LT
AutoCAD Land Desktop
AutoCAD MEP
AutoCAD Raster Design
AutoCAD Structural Detailing
AutoCAD Maya
Dan banyak lagi yang anda boleh dapati termasuklah Autocad 'associated' atau companion dengan perisian-perisian merekabentuk yang lain.
Sekian dulu untuk kali ini, kita akan sambung pula dengan tutorial yang ke-2 nanti. Jika ada apa-apa pertanyaan serta komen sila jangan segan post kepada saya. 


Selamat maju jaya, 

Rahman Ahmad

Kamis, 06 Agustus 2009

Salam sejahtera,

Setelah sekian lama tidak menulis kerana 'kealpaan' serta kesibukan urusan kerja, saya kini agak memperolehi masa terluang untuk kembali memberikan anda sesuatu yang sekian lama 'terbengkalai'.

Pengukurnya adalah ramadan yg lepas dan kini ramadan akan kembali lagi menemui kita, sudah tentunya orang-orang yang bergelar muslim akan mengharungi satu masa yang amat berharga menjalankan ibadah puasa yang ternyata baik untuk kesihatan rohani dan jasmani jika dipraktikkan dengan betul.

Saya terpikir untuk menyegarkan semula pemahaman kita tentang Autocad dan info-info mengenainya yang semakin 'canggih' serta hebat yang berada dipasaran.

Perisian Autocad kalau yang original harganya mungkin mencecah ribuan ringgit, seperti yang dimiliki saya harganya lebih RM20K untuk satu perisian. Kalau yang 'pirate' tak perlu diberitahu, mungkin anda sudah sedia maklum. Kita boleh mendapatkannya dengan hanya beberapa ringgit sahaja. Tetapi ada lebih baik saya mengatakan disini, anda cuba elakkan dari menggunakannya secara terbuka atau 'via online' kalau anda tidak mampu membeli yang original.

Ok, saya berpendapat, untuk memulakan sesi baru ini dengan mengutarakan satu sesi pembelajaran Autocad bermula dari bawah, iaitu dari serendah 'level'. Kalau dalam bahasa 'omputih' kita sebut "Autocad for Beginner".

Saya akan mengaturkan sesi tutorialnya disini berperingkat-peringkat dari masa kesemasa.
Nantikan post-post saya yang akan datang. Kesibukan kerja sedikit sebanyak mengganggu kelancaran siri-siri tutorial sebelum ini. Saya mohon maaf sekiranya ini berlaku dilain kali.

Didalam blog ini saya ada link-kan anda dengan artikel2 Autocad tutorial di website-website yang amat memberi info kepada anda yang dahagakan ilmu dalam bidang 'design & drafting'.

sila klik disini...
http://usa.autodesk.com/adsk/servlet/index?siteID=123112&id=2704278
http://www.cadtutor.net/tutorials/autocad/
http://www.cadtutor.net/
http://www.computer-training-software.com/autocad-2009.htm