Rabu, 06 Juli 2011

TUTORIAL #33 - Insert Autocad Drawing

Tags

Salam Sejahtera.




Kali ini saya akan memberi panduan bagaimana hendak insert satu drawing kedalam drawing yang lain.


Katakan kita ada 2 drawing yang berbeza dan terletak di folder yang berlainan. Kita hendak satukan kedua-dua drawing tersebut untuk membuat satu drawing yang baru.


Sila lihat penerangan dibawah:




Drawing A

Katakan kita ada drawing A (figure atas) dan ingin memasukkan drawing B (figure bawah) kedalam drawing ini.



Drawing B

Setelah selesai kerja 'insert' drawing yang telah siap itu akan kelihatan seperti figure dibawah:


Drawing A setelah di 'insert' bersama dengan drawing B





Langkah-langkahnya seperti dibawah:

.. > Insert  >  Block > Browse > Select Drawing File >  Drawing B > then open > then ok..




 Untuk lebih memahami, sila lihat video-video tutorial dibawah.










Semoga tutorial ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda.


Terima Kasih.


End of Tutorial #33

Rahman Ahmad
mancadd@yahoo.com

Senin, 04 Juli 2011

TUTORIAL #32 - MIRROR

Tags
Salam Sejahtera,




Berjumpa lagi pada tutorial kali ini. Adakah anda sering menggunakan command 'MIRROR' dalam drawing anda?


Jika anda jarang menggunakannya, saya akan tunjukkan bagaimana command ini amat berguna jika kita tahu menggunakannya didalam drawing Autocad kita.


Sila lihat video dibawah:




Saya percaya anda pasti akan dapat membayangkan kegunaan 'mirror' dalam kerja melukis pelan anda selepas ini.




Video dibawah menunjukkan bagaimana TEXT juga boleh berkesan dengan command ini.





Selamat Mencuba.




End of Tutorial #32
Terima Kasih.


Rahman Ahmad
mancadd@yahoo.com

Jumat, 01 Juli 2011

TUTORIAL #31 - Mengira keluasan dalam Autocad

Tags


Salam Sejahtera,





Mengira keluasan adalah salah satu tugas yang amat penting didalam kerja Autocad. Dengan mengetahui keluasan sesuatu entiti atau rekabentuk itu membolehkan anda mempertimbangkan tugas anda yang seterusnya.


Untuk mengira sesuatu keluasan rajah didalam drawing Autocad, perkara yang penting untuk diambil kira adalah skala entiti tersebut. Jika sekiranya rekabentuk anda itu diluar skala sebenar ataupun Not To Scale, sebaiknya anda lupakan untuk mencari keluasan.

Untuk mendapatkan hasil yang tepat, rajah atau perimeter yang hendak dikira keluasan itu mestilah dilukis dalam skala 1 : 1 dan melukis dengan menggunakan 'Polyline'.

Kali ini saya ingin memberikan anda suatu cara yang pantas untuk mengira area atau keluasan dalam Autocad. Saya menggunakan video untuk mudah difahami.

Sila lihat video dibawah:









Dalam Video diatas saya mengambil contoh dua bentuk yang berlainan. Satu yang berbentuk segiempat tepat dengan ukuran sisi yang tertera dan satu lagi berbentuk bujur bulat (pond).


Perhatikan bagaimana area dapat dikira dengan begitu cepat dan tepat. Unit yang mewakili keluasan adalah bergantung kepada unit drawing.




Selamat belajar. Terimakasih.




End of Tutorial #31




Rahman Ahmad
mancadd@yahoo.com