Jumat, 01 Juli 2011

TUTORIAL #31 - Mengira keluasan dalam Autocad

Tags



Salam Sejahtera,





Mengira keluasan adalah salah satu tugas yang amat penting didalam kerja Autocad. Dengan mengetahui keluasan sesuatu entiti atau rekabentuk itu membolehkan anda mempertimbangkan tugas anda yang seterusnya.


Untuk mengira sesuatu keluasan rajah didalam drawing Autocad, perkara yang penting untuk diambil kira adalah skala entiti tersebut. Jika sekiranya rekabentuk anda itu diluar skala sebenar ataupun Not To Scale, sebaiknya anda lupakan untuk mencari keluasan.

Untuk mendapatkan hasil yang tepat, rajah atau perimeter yang hendak dikira keluasan itu mestilah dilukis dalam skala 1 : 1 dan melukis dengan menggunakan 'Polyline'.

Kali ini saya ingin memberikan anda suatu cara yang pantas untuk mengira area atau keluasan dalam Autocad. Saya menggunakan video untuk mudah difahami.

Sila lihat video dibawah:









Dalam Video diatas saya mengambil contoh dua bentuk yang berlainan. Satu yang berbentuk segiempat tepat dengan ukuran sisi yang tertera dan satu lagi berbentuk bujur bulat (pond).


Perhatikan bagaimana area dapat dikira dengan begitu cepat dan tepat. Unit yang mewakili keluasan adalah bergantung kepada unit drawing.




Selamat belajar. Terimakasih.




End of Tutorial #31




Rahman Ahmad
mancadd@yahoo.com


EmoticonEmoticon

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.