Selasa, 11 Agustus 2009

TUTORIAL #2 Memulakan lukisan Autocad DWG

Tags



just to feel relax to your eyes



Salam sejahtera,

Selepas kita mengetahui serba sedikit mengenai Autocad dan kegunaannya, kini saya akan menyambung dengan tutorial yang ke 2 seperti yang dijanjikan.

Saya pasti anda sudah pun sedia memiliki salah satu daripada beberapa jenis perisian Autocad didalam komputer anda. Pada umumnya semua jenis perisian itu adalah sama pada cara membuka fail, menyimpan fail dan perkara-perkara yang menjadi asas pertama kali anda membukanya.

Setelah anda selesai memasukkan perisian Autocad kedalam komputer, anda telah boleh menggunakannya pada bila-bila masa. Untuk memasuki ke perisian tersebut anda perlu membuka aplikasinya sama seperti anda memasuki aplikasi-aplikasi yang lain.


Langkah-langkah memulakan operasinya seperti dibawah:


1. Klik pada ikon Autocad pada paparan desktop dan anda dibawa ke aplikasi Autocad.


2. Untuk permulaan Autocad akan memaparkan tetingkap memilih lukisan seperti dibawah




Gambarajah menunjukkan tetingkap memilih untuk membuka sesuatu lukisan.


3. Jika terdapat lukisan ‘sediada’ anda hanya perlu memilih lukisan yang perlu dibuka, tetapi kalau anda mahu membuat lukisan baru, sila abaikan tetingkap ini.
4. Untuk melukis sebuah lukisan yang baru anda boleh terus melukis, Autocad memberi nama ‘drawing 1’ sebagai nama fail ‘default’ untuk anda.

5. Anda boleh menyimpan fail ini dengan nama yang berlainan dengan cara memilih arahan ‘saveas’ pada tombol ‘File’.


Menyimpan lukisan Autocad


Anda boleh juga membuka mana-mana fail sediada dan kemudian menyimpan semula dengan suatu nama yang lain. Cara yang begini dikatakan memilih secara ‘stretch’.

Kebaikan menyimpan seperti ini ialah anda tidak perlu mengaturcara semula semua ‘entiti’ dalam lukisan baru kerana proses itu telah menyalin segala yang ada pada lukisan tersebut kepada lukisan yang baru.

Pemilihan entiti lukisan seperti jenis teks, set dimension, pengisian layout, skala dan lain-lain lagi akan ikut tersalin kepada lukisan ‘pendua’ itu.

Ini berbeza sekiranya anda memulakan satu lukisan yang baru dimana segala ‘setting’ pada entiti lukisan tersedia secara default oleh perisian Autocad.

Dalam tugasan ini anda perlu mengabaikan tetingkap memilih fail sediada dan memulakan satu lukisan yang baru. Hasilnya anda akan mendapati satu paparan utama Autocad yang tersedia untuk anda melukis seperti dibawah.


Gambarajah menunjukkan paparan paramuka untuk melukis sesuatu lukisan.


Ini lah paparan utama tempat kita melukis. Di sekeliling paparan ini terdapat pelbagai 'tool' atau peralatan yang digunakan semasa melukis yang kita akan pelajari dalam tutorial yang akan datang.

Dibawah ini kita saksikan video konsep secara mudah penyediaan sesebuah Autocad drawings.


This video uploaded to YouTube by on May 20, 2008



Sekian dulu buat kali ini, kita jumpa lagi dalam Tutorial akan datang. Selamat Maju Jaya.



End of Tutorial #2


EmoticonEmoticon

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.