Selasa, 21 Mei 2013

TUTORIAL #41 - Bagaimana Hendak Membuat Keratan Rentas - Land Desktop

Tags



Salam Sejahtera,


Dalam tutorial yang lalu anda telah belajar bagaimana hendak membuat 'surface' menggunakan Autodesk Land Desktop. Tutorial ini adalah sambungan dari tutorial ke 40.
Kali ini kita akan belajar bagaimana hendak membuat keratan rentas dengan menggunakan Land Desktop.

Sila lihat gambar dibawah. Pada gambar topography itu terdapat satu garis yang merentasinya yang ditandakan sebagai A - A'.






Dalam tutorial yang lalu kita telah membuat surface pada contour topography tersebut. Kepada sesiapa yang belum tahu bagaimana hendak membuat surface sila lawati halaman Tutorial 40. Untuk membuat keratan rentas, ikuti langkah-langkah seperti dibawah:


1. Klik 'Terrain' pada menu tarik, seperti ditunjukkan dalam gambar dibawah.





2. Klik pada: Terrain > Sections > Define Multiple Surfaces, dialog box seperti dibawah akan muncul.






3. Klik pada surface EGL_SOUTH yang kelihatan pada kolum Select from, surface itu akan muncul pada kolum Current. Klik pada OK dan keluar dari sini.
Selepas ini kita akan impot keratan rentas dari surface topography itu. Sila lihat gambar dibawah ini.








4. Sekali lagi, klik pada 'Terrain > Sections > Import Quick Section. Land Desktop akan bertanya beberapa perkara. Untuk pertama kali tugas mengimpot keratan rentas, LDD akan
munculkan dialog box seperti dibawah. Anda hanya pilih surface yang berkenaan dan klik OK.






5. Selepas itu klik pada garisan rentas yang bertanda A-A'.
Lihat teks arahan yang muncul pada command seperti dibawah ini: Teks yang berwarna merah adalah input yang perlu dimasukkan.


Command:
Select object: Klick pada garisan A - A'

Datum line layer : Enter
Description for section:   AA'
Vertical scale factor <0 .2500="">: 1
Insertion point:  Klik satu point pada screen
Minimum elevation: 60.59  Maximum elevation: 85.36
Datum elevation <55 .0000="">: Enter




6. Satu keratan rentas (Cross-Section) akan muncul. Untuk makluman anda, keratan rentas yang terhasil tidak lah lengkap seperti yang anda lihat pada gambar dibawah. Tetapi anda perlu lakukan sedikit pengubahsuaian supaya keratan rentas itu menepati keperluan anda. 






Begitulah cara bagaimana kita membuat lukisan keratan rentas yang ringkas dengan menggunakan Land Desktop.
Jika anda ingin keterangan lebih details, sila email saya.



Terima kasih kerana melayari blog saya.


Selamat Maju Jaya.


Admin


Rahman Ahmad. 


EmoticonEmoticon

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.