Salam Sejahtera,
Apabila memperolehi sejumlah survey point dari juruukur, anda perlu untuk membuat point itu interactive pada screen Autocad.
Tugas penting selepas itu ialah anda perlu membuat 'surface' terhadap semua point tersebut. Ini adalah kerana dengan adanya surface merangkumi semua point itu, tugas anda akan menjadi mudah selepas itu.
Dalam tutorial ini anda dianggap sudah mengetahui bagaimana atau apakah format file point yang anda perolehi itu yang bakal digunakan untuk membuat surface.
Dalam tutorial ini anda dianggap sudah mengetahui bagaimana atau apakah format file point yang anda perolehi itu yang bakal digunakan untuk membuat surface.
1. Setelah anda memeriksa dan puashati dengan semua point tersebut, kemudian boleh saja anda impot masuk kedalam screen.
Dibawah ini adalah contoh sejumlah survey point yang anda perolehi dari juruukur tanah.
2. Setelah itu klik pada 'Terrain' yang terletak pada menu tarik (pull down menu). Dialog box seperti dibawah akan muncul. Right click pada Terrain. Kemudian Create New Surface.
3. Default name, Surface 1 akan kelihatan, right click pada surface 1 dan namakan
EGL_SOUTH seperti gambar dibawah. Klik pada tanda + disebelah kirinya.
EGL_SOUTH seperti gambar dibawah. Klik pada tanda + disebelah kirinya.
4. Selepas itu, right click pada Point Files seperti ditunjukkan dalam gambar dibawah.
5. Klik pada Add Points from Autocad Objects > Points
Select semua point yang terpapar pada screen itu samada dengan select object atau
select Layer. Jika anda memilih Layer, pastikan semua point itu didalam layer yang sama
dan tidak ada objek lain yang tidak diperlukan.
dan tidak ada objek lain yang tidak diperlukan.
6. Sampai disini anda telah berjaya memasukkan semua point itu kedalam Terrain Model
Explorer dan ianya siap sedia untuk create surface.
7. Right clikck pada EGL_SOUTH dan klik pada 'Build..'
Dialog box seperti dibawah akan muncul, anda hanya perlu namakan surface itu sama seperti
yang terdapat pada Terrain. Ini adalah bertujuan supaya anda tidak keliru. Lihat gambar dibawah.
8. Klik OK. Surface telah siap dibuat. Untuk lihat surface itu, sila ikuti langkah seperti gambar dibawah.
9. Apabila anda klik pada Quick View, satu rangkaian garisan segitiga akan terbentuk yang
dinamakan TIN atau 'Triangulated Irregular Network'. Dengan terciptanya TIN, bermacam-
macam fungsi anda boleh lakukan pada surface EGL_SOUTH tersebut.
TIN akan hilang jika anda mengerakkan cursor |
Dalam tutorial akan datang, saya akan menunjukkan bagaimana surface ini boleh dimanipulasi untuk tujuan membuat cross section, mengira volume dan sebagainya.
Selamat Mencuba. Selamat Maju Jaya.
Terima Kasih.
Admin.
Rahman Ahmad.
EmoticonEmoticon
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.