Selasa, 11 Agustus 2009

TUTORIAL #2 Memulakan lukisan Autocad DWG



just to feel relax to your eyes



Salam sejahtera,

Selepas kita mengetahui serba sedikit mengenai Autocad dan kegunaannya, kini saya akan menyambung dengan tutorial yang ke 2 seperti yang dijanjikan.

Saya pasti anda sudah pun sedia memiliki salah satu daripada beberapa jenis perisian Autocad didalam komputer anda. Pada umumnya semua jenis perisian itu adalah sama pada cara membuka fail, menyimpan fail dan perkara-perkara yang menjadi asas pertama kali anda membukanya.

Setelah anda selesai memasukkan perisian Autocad kedalam komputer, anda telah boleh menggunakannya pada bila-bila masa. Untuk memasuki ke perisian tersebut anda perlu membuka aplikasinya sama seperti anda memasuki aplikasi-aplikasi yang lain.


Langkah-langkah memulakan operasinya seperti dibawah:


1. Klik pada ikon Autocad pada paparan desktop dan anda dibawa ke aplikasi Autocad.


2. Untuk permulaan Autocad akan memaparkan tetingkap memilih lukisan seperti dibawah




Gambarajah menunjukkan tetingkap memilih untuk membuka sesuatu lukisan.


3. Jika terdapat lukisan ‘sediada’ anda hanya perlu memilih lukisan yang perlu dibuka, tetapi kalau anda mahu membuat lukisan baru, sila abaikan tetingkap ini.
4. Untuk melukis sebuah lukisan yang baru anda boleh terus melukis, Autocad memberi nama ‘drawing 1’ sebagai nama fail ‘default’ untuk anda.

5. Anda boleh menyimpan fail ini dengan nama yang berlainan dengan cara memilih arahan ‘saveas’ pada tombol ‘File’.


Menyimpan lukisan Autocad


Anda boleh juga membuka mana-mana fail sediada dan kemudian menyimpan semula dengan suatu nama yang lain. Cara yang begini dikatakan memilih secara ‘stretch’.

Kebaikan menyimpan seperti ini ialah anda tidak perlu mengaturcara semula semua ‘entiti’ dalam lukisan baru kerana proses itu telah menyalin segala yang ada pada lukisan tersebut kepada lukisan yang baru.

Pemilihan entiti lukisan seperti jenis teks, set dimension, pengisian layout, skala dan lain-lain lagi akan ikut tersalin kepada lukisan ‘pendua’ itu.

Ini berbeza sekiranya anda memulakan satu lukisan yang baru dimana segala ‘setting’ pada entiti lukisan tersedia secara default oleh perisian Autocad.

Dalam tugasan ini anda perlu mengabaikan tetingkap memilih fail sediada dan memulakan satu lukisan yang baru. Hasilnya anda akan mendapati satu paparan utama Autocad yang tersedia untuk anda melukis seperti dibawah.


Gambarajah menunjukkan paparan paramuka untuk melukis sesuatu lukisan.


Ini lah paparan utama tempat kita melukis. Di sekeliling paparan ini terdapat pelbagai 'tool' atau peralatan yang digunakan semasa melukis yang kita akan pelajari dalam tutorial yang akan datang.

Dibawah ini kita saksikan video konsep secara mudah penyediaan sesebuah Autocad drawings.


This video uploaded to YouTube by on May 20, 2008



Sekian dulu buat kali ini, kita jumpa lagi dalam Tutorial akan datang. Selamat Maju Jaya.



End of Tutorial #2

Sabtu, 08 Agustus 2009

TUTORIAL #1 - Pengenalan kepada perisian Autocad






Salam sejahtera,

Seperti yang saya janjikan, saya akan mulakan siri pembelajaran Autocad secara mudah dengan tutorial permulaan seperti dibawah. Tutorial ini bolehlah diberi nama " Autocad For Beginner"

Autocad
Autocad adalah satu perisian atau aplikasi bantuan komputer yang digunakan untuk membuat lakaran dalam lukisan teknikal dan kejuruteraan bagi sesebuah bahagian atau barang keluaran, termasuk keseluruhan bangunan dan alam sekitarnya.


Kalau dulunya kita memerlukan peralatan serta meja melukis untuk menghasilkan suatu lukisan kejuruteraan, tetapi dengan adanya perisian seperti Autocad ini, kita sudah boleh melupakan semua itu dan hanya memerlukan satu set kelengkapan termasuk sebuah komputer dan mesin pencetak lukisan. Dengan adanya semua ini menjadikan kerja kita bertambah tepat serta pantas jika dibandingkan dengan sebelumnya.


Reka bentuk awal sesuatu rancangan pembinaan akan menggunakan aplikasi autocad yang berbantukan komputer untuk menghasilkan lukisan lengkap sesuatu yang hendak dibina itu.


Begitu juga dalam pembinaan infrastruktur sebagai contoh, pembinaan jalanraya, jambatan, bangunan dan sebagainya, yang melibatkan kerja-kerja kejuruteraan, para jurutera dan pereka bentuk akan menggunakan perisian Autocad bagi membantu serta memudahkan kerja-kerja rekabentuk dalam bidang masing-masing.




Kebiasaannya individu yang sering menggunakan perisian Autocad adalah terdiri dari para jurutera, pereka bentuk, pelukis pelan, pelajar-pelajar kolej dan lain-lain.



Perisian Autocad sering dinaiktaraf setiap masa oleh pembangunnya iaitu Autodesk. Antara usaha-usaha yang paling utama dilakukan Autodesk ialah membuat jaringan serta gabungan dengan syarikat-syarikat perisian rekabentuk yang lain bagi mengembangkan sayap perniagaan mereka.




Gambar diatas adalah contoh pakej perisian Autocad yang terkini keluaran dari Autodesk.



Perisian Autocad dan pelbagai kegunaan


Perisian Autocad ada bermacam-macam jenis dan pelbagai kegunaan. Sebagai contoh kalau anda bekerja dilapangan industri misalnya, perisian Autocad yang sesuai adalah dari jenis Autocad Mekanikal, Autocad 3d Model dan kalau anda dilapangan kejuruteraan Awam, Autocad Civil Design, Civil 3D atau Land Desktop adalah yang terbaik.

Berbagai-bagai jenis perisian Autocad ada dipasaran. Anda harus memilih kesesuaiaan dengan tugasan anda. Antara yang popular adalah seperti:
AutoCAD Architecture
AutoCAD Map 3D
AutoCAD Civil 3D

AutoCAD Mechanical
AutoCAD Electrical
AutoCAD LT
AutoCAD Land Desktop
AutoCAD MEP
AutoCAD Raster Design
AutoCAD Structural Detailing
AutoCAD Maya
Dan banyak lagi yang anda boleh dapati termasuklah Autocad 'associated' atau companion dengan perisian-perisian merekabentuk yang lain.
Sekian dulu untuk kali ini, kita akan sambung pula dengan tutorial yang ke-2 nanti. Jika ada apa-apa pertanyaan serta komen sila jangan segan post kepada saya. 


Selamat maju jaya, 

Rahman Ahmad

Kamis, 06 Agustus 2009

Salam sejahtera,

Setelah sekian lama tidak menulis kerana 'kealpaan' serta kesibukan urusan kerja, saya kini agak memperolehi masa terluang untuk kembali memberikan anda sesuatu yang sekian lama 'terbengkalai'.

Pengukurnya adalah ramadan yg lepas dan kini ramadan akan kembali lagi menemui kita, sudah tentunya orang-orang yang bergelar muslim akan mengharungi satu masa yang amat berharga menjalankan ibadah puasa yang ternyata baik untuk kesihatan rohani dan jasmani jika dipraktikkan dengan betul.

Saya terpikir untuk menyegarkan semula pemahaman kita tentang Autocad dan info-info mengenainya yang semakin 'canggih' serta hebat yang berada dipasaran.

Perisian Autocad kalau yang original harganya mungkin mencecah ribuan ringgit, seperti yang dimiliki saya harganya lebih RM20K untuk satu perisian. Kalau yang 'pirate' tak perlu diberitahu, mungkin anda sudah sedia maklum. Kita boleh mendapatkannya dengan hanya beberapa ringgit sahaja. Tetapi ada lebih baik saya mengatakan disini, anda cuba elakkan dari menggunakannya secara terbuka atau 'via online' kalau anda tidak mampu membeli yang original.

Ok, saya berpendapat, untuk memulakan sesi baru ini dengan mengutarakan satu sesi pembelajaran Autocad bermula dari bawah, iaitu dari serendah 'level'. Kalau dalam bahasa 'omputih' kita sebut "Autocad for Beginner".

Saya akan mengaturkan sesi tutorialnya disini berperingkat-peringkat dari masa kesemasa.
Nantikan post-post saya yang akan datang. Kesibukan kerja sedikit sebanyak mengganggu kelancaran siri-siri tutorial sebelum ini. Saya mohon maaf sekiranya ini berlaku dilain kali.

Didalam blog ini saya ada link-kan anda dengan artikel2 Autocad tutorial di website-website yang amat memberi info kepada anda yang dahagakan ilmu dalam bidang 'design & drafting'.

sila klik disini...
http://usa.autodesk.com/adsk/servlet/index?siteID=123112&id=2704278
http://www.cadtutor.net/tutorials/autocad/
http://www.cadtutor.net/
http://www.computer-training-software.com/autocad-2009.htm

Kamis, 04 September 2008

Membuat Viewport pada Layout space

Salam sejahtera,


Ramadan datang kembali, sebagai seorang muslim, kita perlu bersyukur kepadaNya kerana kita berkesempatan sekali lagi dapat mengumpul 'mata ganjaran' kita untuk tahun ini bagi pelaburan dan keuntungan dimasa 'hadapan'.

Seperti yang dijanjikan, bagaimana untuk membuat viewport pada layout space, ianya mudah sahaja. Apa yang perlu anda buat ialah:

1. Switch daripada model space ke paper space.

2. Taipkan 'mv' kat command, and then..

3. Buatkan rectangle window pada screen. Saiz rectangle bergantung kepada keperluan anda.

Anda akan mendapati Autocad akan cuba memaparkan semua entiti yang ada dlm drawing anda. Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah menguruskan skala (scale) drawing tersebut utk dipaparkan kat layout.

Buatlah seberapa banyak viewport yang anda perlu, just taip mv and then buat rectangle aje..tapi make sure, anda kena setkan skala yang sesuai dengan drawing yang nak ditunjuk pada setiap viewport. Kalau dah banyak viewport dalam satu page, anda pasti akan mengalami masalah text tak sama besar. Betulkan?. Nanti saya akan tunjukkan macam mana nak buat. Kalau anda tahu caranya lagi baik.

Mungkin cara anda lebih bagus dari saya, mana tau..so kita boleh bertukar-tukar ilmu..:)

Sekiranya anda ada soalan mengenai viewport atau lain-lainnya, sila email pada saya di,

mancadd@yahoo.com
aahmad@geosyntec.com

Selamat berjaya. Good luck!
Rman.

Read more Autocad details...

http://usa.autodesk.com/adsk/servlet/index?siteID=123112&id=2704278


Anda memerlukan khidmat melukis pelan? sila klik disini...

http://www.mudah.my/Perkhidmatan-melukis-pelan-guna-autocad-3234701.htm


Sabtu, 09 Februari 2008

Memanfaatkan fasilitas FILTER di AutoCAD


Berdasarkan pengalaman saya dulu, ternyata banyak juga perintah2 yang jarang digunakan padahal sangat bermanfaat.

Mohon maaf nih kepada para suhu satu perguruan satu ilmu, bukannya mau unjuk gigi. Tapi mudah2an ada manfaatnya buat sebagian teman2 yang katanya masih dalam taraf belajar (termasuk saya sendiri). Syukur2 bisa menjadi bahan diskusi, sharing pengalaman, dll tentunya baik sekali untuk lebih meramaikan milis/ situs kita ini. Bila ada kekeliruan dengan rendah hati saya persilakan dikoreksi.

FILTER
Seringkali kita agak kerepotan ketika harus memilih beberapa objek sekaligus untuk diedit di antara sekian banyak objek
yang ada di gambar kita. Mungkin kalau yang dituju ada di dalam satu layer tidak terlalu menjadi masalah. Tapi bila kita harus memilih objek yang tersebar di banyak layer dengan jenis objek dan property yang bermacam-macam, atau berdasarkan posisi koordinatnya, maka mungkin ada baiknya kita memanfaatkan FILTER.

Kegunaan:
Untuk membuat seleksi objek ber dasarkan kriteria tertentu.

Cara penggunaan:
Ada 2 alternatif penggunaan filter, yaitu:
- Menggunakan perintah filter, melakukan seleksi objek dan selanjutnya menggunakan pilihan PREVIOUS pada saat seleksi objek perintah editing yang dikehendaki.

Contoh:
Command: FILTER
(tentukan kriteria, lalu pada saat seleksi objek, gunakan pilihan ALL)
Command: ERASE (sekedar contoh saja)
Select objects: PREVIOUS

- Menggunakan perintah editing yang dikehendaki dan pada saat seleksi objek menggunakan perintah filter secara transparan.
Command: ERASE (sekedar contoh saja)
Select objects: 'FILTER (diawali tanda kutip tunggal / apostrof)
(tentukan kriteria filter seperti di atas)

Tombol-tombol pada kotak dialog filter:
Sebelum menentukan kriteria filter, perlu dipahami tombol-tombol pada kotak dialog filter, antara lain:

Select Filter
Untuk menentukan objek/property/logika yang akan dijadikan kriteria filter.

Select
Untuk memilih lebih detail pada objek/property tertentu, misalkan property COLOR dapat dipilih warna apa yang dikehendaki.

X,Y,Z
Posisi koordinat objek tertentu dapat dijadikan kriteria. Besarnya nilai koordinat pun dapat dijaring secara fleksibel,

Ada kalanya informasi yang ditampilkan pada kolom X bukanlah koordinat, melainkan nama block, nomor warna, atau hal lainnya tergantung objek/property yang digunakan.

Add to List
Untuk menempatkan objek/property/logika - yang sudah ditentukan - ke dalam daftar kriteria (di bagian atas kotak
dialog). Penempatan pada daftar tergantung kepada posisi/baris "sorotan" (highlight) diletakkan. Untuk itu sebelum menekan tombol ini, perlu diatur dulu posisi "sorotan" pada daftar.

Substitute
Untuk mengganti objek/property/logika yang sudah terpasang pada daftar dengan objek/property lain. Pastikan bahwa posisi baris "sorotan" sudah berada pada kriteria objek yang ingin diganti.

Add Selected Object
Untuk menetapkan kriteria berdasarkan sebuah objek yang dipilih. Semua property dari objek yang dipilih tersebut akan ikut tercantum pada daftar kriteria, walaupun seringkali tidak diperlukan. Karena itu daftar kriteria yang kemudian tercantum mungkin perlu diedit.

Edit Item
Untuk mengedit objek/property/logika yang ada di posisi "sorotan" pada daftar kriteria dan secara otomatis akan tertera pada informasi "Select Filter" (dan juga kolom X,Y,Z). Setelah diedit seperlunya, maka perlu menekan tombol "Substitute".

Delete
Untuk menghapus objek/property/logika di posisi "sorotan" pada daftar.

Clear List
Untuk menghapus semua kriteria pada daftar.

Named Filters
Susunan kriteria filter dapat diberi nama dan disimpan. Pada kesempatan lain filter tersebut dapat dipanggil dan digunakan kembali.

Current
Untuk memilih/menunjukkan nama filter yang sedang aktif saat itu. Bila susunan kriteria baru saja dibuat, maka tertera "*unnamed". Namun bila menggunakan filter yang pernah disimpan, maka akan ditampilkan nama filternya.

Save As
Untuk menyimpanan daftar kriteria suatu filter dengan memberikan nama filter terlebih dahulu.

Delete Current Filter List
Untuk menghapus nama filter yang sedang aktif saat itu.

Penyusunan kriteria filter:
Contoh 1:
** Begin OR
Block Name = KOLOM
Object = Line
** End OR
Menggabungkan beberapa kriteria seringkali memerlukan sebuah operator logika. Contoh di atas menggunakan operator OR (atau) yang bila diterjemahkan dalam bahasa sehari-hari menjadi: pilihlah block bernama KOLOM atau objek Line. Karena kriterianya adalah 2 objek berbeda, maka harus digunakan operator OR (tidak mungkin suatu objek mempunyai 2 nama berbeda bukan?) Jadi filter terpenuhi, bila salah satu dari kedua kriteria tersebut terpenuhi.
Contoh 2:
Object = Line
Color = 2
Kriteria di atas menetapkan objek Line DAN warnanya kuning. Boleh saja ditambahkan operator AND, namun secara default tidak diperlukan. Jadi objek yang dicari oleh filter di atas adalah suatu objek yang memenu hi kedua kriteria (dan bukan hanya memenuhi salah satu kriteria saja).

Masih ada 2 operator logika lain, yaitu:
1. NOT (mencari objek/property yang justru tidak memenuhi kriteria yang tertera)
2. XOR (eksklusif OR - mencari objek/property yang HANYA memenuhi salah satu kriteria saja; jadi bila ada 2-3 kriteria dan terpenuhi semua, maka filter tidak akan menemukan objek yang dimaksud)


Contributed by Agust

Yang baru di AutoCAD 2008: Annotation Scaling


Annotation scaling sebetulnya bukan hal baru. Setidak-tidaknya saya sudah mengenal konsep ini di MicroStation V8 2004... AutoCAD sudah tertinggal 3 tahun! Saya sendiri pada awalnya ogah-ogahan mempelajari fitur baru ini. Ternyata yang ditawarkan AutoCAD jauh lebih maju dari konsep annotation scaling di MicroStation.

Apa itu annotation? Annotation merupakan objek pada drawing selain bentuk geometri dari drawing itu sendiri. Yaitu teks, dimension, hatch, dan block. Menetapkan ukuran anotasi seringkali merupakan tantangan sendiri.

Berapakah tinggi teks harus saya defenisikan kalau saya ingin teks saya dicetak dengan tinggi 3 mm? Dengan asumsi saya menggambar dalam mm, hal ini tentu harus dikaitkan dengan skala. Dengan skala 1:100, maka saya harus mendefenisikan tinggi teks 300 unit. Dengan skala 1:50, teks saya tingginya jadi 150 unit.

Sampai disini, masih cukup mudah. Tantangan selanjutnya adalah, bagaimana kalau saya harus mencetak dengan skala yang berbeda. Ada beberapa alasan kenapa saya ingin melakukan ini. Bisa saja karena tiba-tiba ada rekan yang minta gambar saya dicetak di kertas A3, padahal saya sudah set di kertas A1. Atau saya ingin menampilkan gambar detail dari desain saya dengan skala yang berbeda.

Ada beberapa cara yang dilakukan selama ini untuk mengakali tantangan ini. Ada yang memberikan anotasi seluruhnya di layout, ada yang menampilkannya dalam layer yang berbeda, bahkan ada yang mengkopi bagian yang ingin didetailkan, menskalanya beberapa kali lebih besar. Yang terakhir terutama untuk mengakali hatch yang sering membuat gambar jadi tidak jelas karena hatch terlalu rapat saat skala besar, tapi pada gambar detail hatchnya terlalu jauh jaraknya.

Kesulitan-kesulitan inilah yang membuat annotation scaling sangat membantu. meski anda dapat mengakalinya dengan cara-cara di atas, tapi meletakkannya pada beberapa layer berarti anda harus mengubah setiap teks pada layer kalau ada perubahan. Atau kalau pada layout, perubahan desain sering berarti anda harus menata ulang anotasi pada layout.

Dengan anotation scaling, kita cukup melakukan setting skala satu kali saja. Satu perubahan akan mengubah anotasi pada skala lainnya.

Annotation scaling diatur pada style, entah text style, dimension style, atau multileader style. Khusus untuk block dan hatch, hal ini didefenisikan pada saat membuat anotasi ini. Aktifkan pilihan anotative untuk membuat anotasi itu objek annotation scale. Sementara untuk mengubah skala yang aktif, pada status bar anda akan melihat tombol annotation scale.

Bagaimana mendefenisikan tinggi teks tercetak? Kalau kita menggunakan style yang annotative, saat mengetik teks, kita tidak lagi diminta text height, tapi paper height. Artinya AutoCAD meminta kita mendefenisikan tinggi teks tercetak. Bukan lagi dalam unit drawing.

Perhatikan bahwa saya membuat dua set rectangle dan teks. Satu menggunakan annotation scaling, dan satunya tanpa annotation scaling. Keduanya saya buat dengan skala yang sama, 1:100. Lalu saya menambahkan satu viewport di sebelahnya dengan skala 1:50.

Yang terjadi kemudian adalah, tanpa annotation scaling, teks akan ditampilkan 2x lebih besar bersama-sama geometrinya. Sementara dengan annotation scaling, meskipun geometri ditampilkan 2x lebih besar, teks akan mempertahankan ukuran cetaknya. Sehingga kita lihat teks lebih kecil dari sebelumnya (klik image untuk memperbesar).

Sekarang muncul pertanyaan baru...
Saya punya beberapa anotasi yang ingin saya tampilkan di gambar detail, tapi saat saya menampilkan gambar keseluruhan, anotasi ini tidak ditampilkan. Karena kalau ditampilkan semuanya, maka gambar saya akan tampak berantakan.

Tentu saja anda bisa! Cobalah pilih anotasi anda, buka properties. Disebelah annotation scaling, klik '...'
Anda akan melihat daftar skala yang disupport oleh anotasi tersebut. Pada contoh ini, anotasi ini ditampilkan pada dua skala, yaitu 1:5 dan 1:50. Kalau anda menampilkan gambar dalam skala 1:10, anotasi ini tidak akan tampak di gambar! very cool... isn't it?
1. Buatlah style yang memiliki perilaku 'annotation scale'. Boleh style text, dimension, atau multileader. Untuk contoh sederhana, kita coba text style terlebih dahulu. Aktifkan style tersebut.
2. Pada annotation scale di toolbar, gantilah menjadi skala yang diiinginkan. Misalnya 1:100.
3. Aktifkan single line text dengan mengetikkan DT lalu [ENTER]. Perhatikan kalau AutoCAD akan menanyakan 'paper height' bukan lagi text height. Isikan tinggi cetak yang diinginkan. Berikan nilai, dengan asumsi bekerja dalam satuan mm.
4. Ketikkan teks yang diinginkan.

Sekarang kita akan membuat teks baru untuk skala 1:50
1. Ubahlah skala pada annotation scale menjadi 1:50.
2. Ulangi membuat teks dengan tinggi 'paper height' 1:50.

Bandingkanlah besarnya dengan teks yang pertama dibuat...
Kali ini kita akan menambahkan skala teks pertama, sehingga mensupport skala untuk 1:50, dan 1:100.

1. Pilihlah teks pertama. Pada properties, klik '...' di sebelah annotative scale. Sebuah kotak dialog akan terbuka.
2. Klik add... Pilih 1:50, dan klik OK.
3. Teks pertama akan berukuran sama dengan teks kedua!

Cobalah mengetes annotative scale dengan mengubah-ubah skala pada status bar.
Coba juga membuat objek lain seperti dimension, multileader, atau hatch dan block :)

Satu masalah lagi...
Anotasi saya sudah saya susun rapi untuk gambar dengan skala 1:50.
Tapi waktu di skala 1:5... Anotasi saya tampak terlalu jauh atau terlalu rapat. Apa bisa anotasi ini ditampilkan dalam posisi yang berbeda pada skala yang berbeda? Sekali lagi, bisa... Cobalah aktifkan skala yang ingin anda ubah posisinya. Klik anotasi yang ingin anda geser. Perhatikan bahwa anda dapat melihat beberapa posisi anotasi. Pada contoh ini, hanya 2 skala yang didukung. Jadi hanya dua posisi anotasi.

Annotation scaling akan menjamin setiap anotasi anda dicetak dalam ukuran yang sama. Tidak peduli anda menggunakan skala berapapun.

Contributed by Edo